Selasa, Ogos 30, 2005

Malam MERDEKA!

Berlagu kita bersama:
Sambil2 tengok konsert ambang merdeka KerepeK upload lagu2 yang KerepeK pk mau dikongsi bersama. Tak tahu lagu apa nak beri, memang ada banyak tapi lagu2 yang ada terlalu lamalah, bimbang tak berkenan. Macam lagu Puteri nyanyian Zainal, adalah permintaan jadi tergeraklah untuk dimasukkan. Walau apapun kira okey lah yek. Selamat menjerit MERDEKA!!

Mau muaturun, klik tajuk lagu:
Zainal : Puteri
Seven Signs : Sembilu
Sarah & Zahid : Jangan Kau Mimpi & Milikku
Dayang Nurfaizah Ft. Adam AF2 : Dayang Sayang Kamu

Othman Hamzah - Gadis Melayu

Terima kasih banyak2 kepada penyumbang ::sayew:: (my pren)
KerepeK sekadar menyambung link yang telah diberi untuk kita sama2 kongsi bersama. Bab berkongsi ni memang best.. kongsi awek ajer tak best..Yo. Jadi pada kawan2 jom kita berawekkan GADIS MELAYU.. jom!!

Mau awek MELAYU, klik tajuk lagu:
Othman Hamzah: Gadis Melayu

Ahad, Ogos 28, 2005

DJ Era - Bahu ke bahu

Wah.. KerepeK lama tak dengar lagu ni. Lagu ni pun KerepeK dapat dari kawan. Pada awal dengar tak sangka juga adalah nyanyian dari DJ Era, pkkan penyanyi baru. Kira boleh beri markah jugak. Lepas keluar lagu ni agak diaorang nak buat plak lagu bertajuk lutut ke lutut, mesti gempak..

Mau laga bahu, klik tajuk lagu:
DJ Era: Bahu ke bahu

Jumaat, Ogos 26, 2005

M.NASIR - Sifu

Sepertimana yang diminta di sini KerepeK masukkan beberapa lagu nyanyian M.Nasir yang pernah popular satu mana dahulu dan telah diberi nafas baru. Termasuklah lagu berduet dengan Siti Nurhaliza 'Bagaikan Sakti' yang KerepeK ambil daripada CD petikan filem PGL, ada dialog M.Nasir dengan Tiara lagi. Lagu lain tur KerepeK ambil dari CD 'M.Nasir -Mentera Semerah Padi' (2 CD). Semua lagu dalam CD tur memang best tak menyesal beli.

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
M.Nasir: Apokalips (Live in UK)
M.Nasir: Kepadamu Kekasih (Bersama: Hattan dan Jamal)
M.Nasir: Keroncong Untuk Ana (Live In UK)
M.Nasir & Siti Nurhaliza: Bagaikan Sakti

Isnin, Ogos 22, 2005

Lagu ROCK Klasik

Tadi tengahari KerepeK di opis mainkan lagu2 rock lama, ada kawan tegur: "lagu kumpulan baru ker?" Yo..! Al-maklum yang tegur dan bertanya tur budak baru berumur 20an dan lagu yang Kerepek pasang tu masa lagu tu top kawan tu kecil lagi cakap pun belum petah hehe.. mana nak ingat. Jadi tergerak ati KerepeK untuk kongsi bersama. Ini adalah sikit lagu yang mungkin pernah didengar, kumpulanyer pernah top zaman rock sedang mengeras!! Layankan diri anda dengan lagu2 batu perlahan:

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
Axl's - Andai dapatku undurkan masa
Qiara - Hanya padamu
Zabarjad - Karam
Get - Pertama dan terakhir
Crossfire - Realiti & Fantasi

Sikit ni dulu.. nanti KerepeK tambah lagi::
Nota: nama kumpulan pun dahsyat jugak. contoh: Lintas Api Ganaznyer, Finalist (peserta terakhir) memang akhir pun.. sampai sekarang tak ada dengar khabar. Kebanyakkan kumpulan yang ada ni, 1 album keluar hilang terus..lenyap dari muka bumi. Yang kekal satu dua jer.. Contoh: Search atau Wings. Begitulah adanyer...

ADAM AF2

Jom terus menambah koleksi anda dengan lagu2 AF, kali ini lagu Adam pulak. Maaf tidak semua lagu ada dalam simpanan Kerepek, ada 3 sahaja dan 2 lagu baru Adam. Bolehlah kan... Jadi apa lagi.. layan!

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
Adam - Smooth Criminal
Adam - Tipah Tertipu
Adam - Kerna Dia
Adam - Tak tahu
Adam - Haruskah

Sabtu, Ogos 20, 2005

Semangat MERDEKA!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Semangat, keyakinan perlu untuk terus mengekalkan apa yang kita kecapi sekarang jangan kita kehilangan yang telah kita ada. Kerepek teruskan lagi dengan memuatkan lagu bersemangat seperti lagu Patriotik ini. tanamkan jiwa dengan semangat cintakan negara kita MALAYSIA.

Jumaat, Ogos 19, 2005

Mawi dan Siti - Seroja

Terkini nyanyian Mawi bersama Siti Nurhaliza lagu Seroja di pelancaran sambutan bulan kemerdekaan di Teluk Danga, Johor Bahru. Makin top lagu Seroja ni yek. Ada 2 format MP3 (update-full) dan video.

Khamis, Ogos 18, 2005

ZAHID - Juara AF2

Sementara masih ada dalam simpanan ini KerepeK muaturunkan lagu2 nyanyian Zahid juara AF2, tetapi KerepeK hanya ada 5 buah lagu sahaja. Pada yang berminat... muaturun ajer ler..

Mau muaturun, klik tajuk lagu:
Zahid - Bila resah
Zahid - Istana menanti
Zahid - percayakan siti
Zahid - Teratai
Zahid - Warna kehidupan

Rabu, Ogos 17, 2005

Too Phat - Anak Ayam

Tadi dok boring masa kerja tak ada apa nak dibuat jadik terbuang terbiat KerepeK mengedit lagu ini. Banyak yang KerepeK edit KerepeK tambah, yang paling2 jelas bermacam bunyi binatang ada masuk dalam lagu ini, bukan saja anak ayam, bapak ayam, kambing, harimau, serigala, lembu semua ada. Pendek kata semua binatang2 di zoo turut sama masuk. Dan yang terakhir lagu ada pak Aziz Satar.. sedang membaca jampi serapah emm..!
Pada peminat Too Phat jangan marah lak, KerepeK edit tidak sedikit pun merosakkan rentak irama malah mutunya telah KerepeK pertambah kepada "high quality" daripada tiada 'dolby D' kepada ada - Dahsat tur..!! Tidak percaya.. muaturun lerr kalau mahu tahu..

Mau dengar..Klik pada tajuk lagu:
Too Phat remix-KerepeK: Anak Ayam

Isnin, Ogos 15, 2005

Beberapa lagu Inggeris

KerepeK masukkan beberapa lagu omputih yang KerepeK rasa pernah popular dulu jugak sekarang, orang masih lagi didengar masih lagi dinyanyikan lagu2 ini. Pada KerepeK lagu omputih senang nak dapat, banyak di internet kalau tahu cari. KerepeK masuk dalam muaturun saja mau kongsi bersama kawan2. Okey... layan!!

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:

Faye Wong - Eyes on me

Akon - Mr. lonely

.3 Doors Down - Here Without You

Gwen Stefani - What Are You Waiting For

Puff Daddy - I'll Be Missing You

MAWI - Nyanyi lagu jawa

Ini ada satu video Mawi menyanyi lagu jawa, pastikan anda tidak ketinggalan untuk melihat serta mendengar serta memahami apa yang dikata oleh Mawi. (Tak faham aku tak jamin..)- Video sudah KerepeK perbetulkan.. maaf link terputus
Mau dengar...?
Turut sama KerepeK telah edit kepada MP3 serta format AMR untuk dijadikan ringtone anda bertambah2.. WORLD!

Apa lagi..Muaturun ajerlah:

Mawi - Video lagu jawa
Mawi : Edit AMR
Mawi : Edit MP3

Pelajar AF - Sri Langkat [ Konsert 8 ]

Pada aku persembahan biasa2 ajer, tak ader yang istimewa pun daripada persembahan tur. Sekadar menyanyi serta menari lagu melayu lama. Nampaklah jugak sorang dua pelajar yang agak keras tarian diaorang. Terus teranglah aku menari memang tidak pandai.. tapi pernah tengok orang menari yang okey tak lerr nampak keras. Walau aper.. layan jer ler...


Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
Pelajar AF - Sri Langkat [ Konsert 8 ]

AF3 lagu Bonus Konsert 7

Ini pula adalah lagu nyanyian pelajar AF semasa konsert yang ke 7. Satu persembahan yang penuh bekerja sama biarpun ada sorang pelajar suara dan ingatan (lupa lirik) entah kemana. Namun persembahan tetap ok. Itulah yang menariknya AF3

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
AF3 lagu Bonus Konsert 7 - Aneka ragam

Khas bulan MERDEKA

Bersempena bulan MERDEKA (Ogos 2005) KerepeK masukkan sesuatu yang istimewa untuk kita bersama-sama menanamkan semangat kemerdekaan dengan mendengar, mengalunkan, mendendangkan atau menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Wahhh.. bersemangat betul tur. Jangan lupa beli bendera dan pacak di kenderaan masing2. Pam minyak belum ada yang bagi free lagik lerr... hehe..

Lagu-lagu Patriotik (KHAS BULAN MERDEKA)
Mau muaturun, klik kanan tetikus : "Save Target As..."

PATRIOTIK: Negaraku (Koir)
PATRIOTIK: Negaraku (Instrumental)
PATRIOTIK: Ku Cari Damai Abadi
PATRIOTIK: Islam Hadhari
PATRIOTIK: Pasrah & Redha
PATRIOTIK: Suara Minda
PATRIOTIK: Tekad
PATRIOTIK: Bahtera Merdeka
PATRIOTIK: Cinta Setia
PATRIOTIK: Dirgahayu Tanah Airku
PATRIOTIK: Haluan Jiwaku
PATRIOTIK: Keranamu Malaysia

Ahad, Ogos 14, 2005

Boboi Pak Mamat ada kebun

Rasanya memang semua orang pernah dengar lagu ni, tetapi jangan silap pulak lagu ini lain pulak siri bunyinyer.. kalau mau tahu ini adalah version Brunei. Entah si Boboi ni orang Brunei ker aper ker, tak tahu lak KerepeK. Jalan senikataya pun lain... ada unsur2 lawak. Tak caya!!? Emm muaturun ler... kalau mau tahu...

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
Boboi : Pak Mamat ada kebun brunei version

DEWA : 4 lagu kumpulan Dewa

Ini ada KerepeK masukkan 4 buah lagu dari kumpulan Dewa. Ini pun KerepeK terima link daripada antuAF dan katanya telah dibenarkan dan luluskan oleh pemilik web untuk dimuaturunkan ke dalam blog ini.

Suka dengar dan mau dengar.. apa lagi MUATURUN jerlah sebelum link hilang!!

Cara MUATURUN dengan klik pada kanan tetikus anda dan pilih:
"Save Target As..."

DEWA: Roman Picisan
DEWA: Pupus
DEWA: Risalah Cinta
DEWA: Arjuna

Rabu, Ogos 10, 2005

KONSERT Prelude AF3

Beberapa nyanyian lagu daripada calon pelajar AF3 yang telah tersingkir semasa konsert prelude. Sekadar pendapat sahaja. Pada aku ada beberapa belajar memang layak tetapi kerana berapa sebab jadi tak layak... walau apapun muaturun ajerlah yek!

Mau muaturun, klik pada nama calon pelajar AF3:
AZLIF - Isabella

DIANA - Aku sayang kamu

ISA - Aku cinta padamu

RINA - Mama aku ingin pulang

SHIHA - Gonna get you good

ISTIMEWA : Medley 12 lagu popular 2005

Saiful Apek - Medley 12 Lagu Popular (APM 2005)

Satu yang istimewa aku muatkan di dalam blog ini khas untuk semua Saiful Apek - Medley 12 Lagu Popular APM 2005, semasa membuat persembahan di Singapura. Kalau sesiapa ada tengok pasti tahu mana gayanya Apek penyanyi sampai mengah-mengah, bukan senang tur mau menyanyi sampai 12 lagu, banyak tur... Rekod dunia tur!!

Apa-apa hal LAYAN..

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
SAIFUL APEK - Medley 12 Lagu Popular (APM 2005)

ELLA : Rindu & Selamat jalan Romeo

Percayakah anda selain menyanyikan lagu berentak rock Ella pun pernah menyanyikan lagu dangdut, dangdut rock lagi.. Ini aku aku bagi ko dengar, kalau tak percaya apa lagi muaturun lerr... tak besor jugak failnyer...

Mau muaturun, klik pada tajuk lagu:
ELLA - Rindu dan Selamat Jalan Romeo (AJL 2003)